Skip to content

Memahami Minimalism Dalam Fotografi


Minimalism Fotografi

Minimalism adalah konsep yang merujuk kepada hasil seni dalam beberapa ciri-ciri yang paling asas.Pergerakan minimalist pada abad ke-20 dan bole didapati dalam semua bentuk seni.Idea minimalism mempunyai seni dengan bilangan minimum warna,bentuk,tekstur dan garisan.Konsep ini tidak semudah untuk diterangkan,kerana ia melibatkan beberapa pemikiran abstrak dan ia boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara

Dalam fotografi minimalism ianya lebih terbuka terhadap elemen-elemen kreativiti.Tetapi,ia juga berdasarkan kaedah am minimalism dalam bentuk seni yang lain(abstract).Secara umumnya,fotografi minimalism boleh digambarkan sebagai seni ”Less is More”.Mengunakan sedikit maklumat (detail) di dalam gambar sebenarnya boleh menarik perhatian kepada subjek dengan lebih mudah.

Bagaimana minimalism di adaptasikan dalam fotografi

Dalam fotografi minimalistik,anda perlu memilih unsur-unsur(subjek) dengan berhati-hati,kerana bilangan unsur-unsur ini perlu dikekalkan pada tahap minimum (Less is More) dan juga harus mencerminkan sesuatu yang menarik.Mengambil berat perkara ini apabila membuat komposisi dan cuba tidak memasukkan elemen-elemen yang boleh menganggu pemerhati dari subjek utama anda.Subjek yang menjadi titik fokus utama anda dan intipati imej anda,jadi anda perlu mengambil masa untuk membuat pilihan yang tepat.

Contoh gambaran minimalis di mana subjek adalah sebuah bot kecil di tengah lautan yang luas,anda akan dapat bayangkan bagaimana bot adalah subjek yang minimum di tengah lautan atau menyusun komposisi bot kecil ini sebahagian daripada frame gambar anda.Laut dan langit menjadi latar belakang yang jelas dengan “detail” yang sederhana.Kesederhanaan adalah kunci utama untuk minimalism dalam fotografi dan anda perlu berfikir untuk mencari komposisi dari sudut pandangan ini.

Bagaimana untuk melaksanakan minimalism dalam fotografi ?

Untuk menjadikan gambar nampak kesederhanan dalam fotografi minimalis bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.Selepas memilih elemen-elemen untuk gambar anda,anda perlu membayangkan subjek utama dengan cara yang ringkas (less is more) dan mencuba pelbagai sudut untuk “framing” gambar.

Semasa merakam gambar minimalistik,anda perlu mengunakan peraturan “rule of thirds”,mengunakan imaginasi dan cuba perkara yang berbeza.Pengunaan warna boleh membantu menyerlahkan lagi imej minimalistik.Hitam putih berfungsi dengan sempurna dalam beberapa kes bagi jenis fotografi ini.lebih-lebih lagi jika merakam gambar landskap.Merakam imej hitam putih mampu memberi impak yang kuat dalam seni minimalistik,tetapi tidak bermakna anda tidak boleh melakukan perkara yang sama untuk dengan warna.kombinasi warna yang baik dapat menambahkan mood yang berbeza.

Anda boleh juga memuatkan manusia dalam gambar minimalistk anda,tetapi ia lebih sukar berbanding dengan mercu tanda,bangunan,landskap atau objek sebab manusia bukanlah “subjek” yang ringkas.Salah satu cara untuk menjadikan manusia dalam gambar minimalis,

membuat beberapa gambar yang kontras nya tinggi di mana latar belakang mempunyai peranan yang “minimum” (plain background).

Advertisements
Posted by Aswad Alwee on 31/03/2012

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Comments Feed

%d bloggers like this: