Skip to content

Fotografi akan jadi lebih mudah.


Komposisi tidaklah bermaksud anda perlu memuatkan banyak elemen dalam gambar anda.Anda perlu faham bahawa ruang kosong dalam imej memainkan peranan penting berbanding dengan memasukkan segala macam elemen yang menganggu komposisi.Tidak ada sebab untuk menambah lebih banyak unsur-unsur atau kekacauan pada gambar yang anda ambil.Mengetahui apa tumpuan gambar yang anda ambil dan mengekalkan kesederhanaan(simplicity) mesej dalam gambar,supaya ia dapat difahami sepenuhnya gambar yang anda ambil.

Merakam gambar pada paras mata (eye-contact) adalah cara yang terbaik untuk berhubung dengan subjek anda.Dengan merakam pada sudut ini,foto anda secara semulajadi akan menarik perhatian orang ramai untuk memberi tumpuan kepada subjek.jika merakam gambar kanak-kanak,jangan teragak-agak untuk meletakkan diri anda selaras dengan pandangan mereka dengan tunduk,berlutut atau membongkok sedikit untuk dapatkan ”eye-contact”.

Terdapat tetapan pada kamera anda yang boleh meningkatkan kelajuan shutter kamera,menjadikan gambar anda tidak kabur.Sering kali kita merakam gambar subjek bergerak bole menyebabkan gambar kelihatan kabur,tetapi dengan mengunakan tetapan ISO yang tinggi boleh membantu anda mengambil gambar dengan jelas.Tetapan ISO ini akan membuatkan subjek yang bergerak pantas akan lebih jelas dan terperinci.

Eksperimentasi dengan teknik atau subjek yang baru.Itulah cara terbaik untuk menbangunkan gaya foto anda sendiri dan membenarkan orang lain untuk melihat dunia dari perspektif anda.Cari sudut yang unik dan mencuba sesuatu yang kreatif.Variasikan sudut gambar anda akan memberikan impak yang dramatik.

Sedikit tips ini perlu diamalkan sebum anda melihat ”viewfinder”.Ini akan menjadikan anda sentiasa berhati-hati semasa merakam gambar.

Advertisements
Posted by Aswad Alwee on 18/04/2012
2 Comments Post a comment
  1. 04/18/2012

    Tips yang sangat bermanfaat. 🙂

  2. 04/18/2012

    terima kasih sahabat…:))

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Comments Feed

%d bloggers like this: